APAKAH ITU SISTEM PANGKALAN DATA
-Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan logik di antara satu sama lain.
-Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi seperti nama, ic dll.
2.Konsep Pangkalan Data
Ia menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkan data-data tersebut diuruskan dalam bentuk logical untuk kemudahan mencapai data.
3.Sistem Berasaskan Fail Tradisional (SFT)
-Ialah Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannyadisimpan di dalam kabinet-kabinet khas.
-Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.
-Kaedah penyimpanan di mana data disimpan dalam fail yang berasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perlu ditulis.
4.Kelemahan SFT
-Pemisahan data-setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain. Ini menyebabkan proses kemaskini data tidak dapat dilaksanakan serentak.
-Format fail yang berbeza-tidak boleh digabung atau di banding dengan mudah. Cth: fail word dan excel.
-Data lewahan- fail yang mempunyai data yang sama disimpan dalam pelbagai tempat menyebabkan kesukaran mencari dan penggunaan storan yang banyak.
5.Kelebihan Pangkalan Data
-Mengawal ulangan-elakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama.
-Berkongsi data-membenarkan ramai pengguna mencapai maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama.
-Mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran
6.Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) atau DBMS
-Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data.SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
7.Aplikasi Pangkalan Data
-Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa
execution.
-PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.
8.Kelebihan menggunakan DBMS
-Maklumat dan data yang dikehendaki boleh dicapai dengan lebih pantas dan tepat.
-Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,pengintegrasian dan perkongsian dan mengurangkan penyelenggaraan program.
-Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna seperti dalam susunan abjad atau kriteria lain.
-Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna, misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh,tempat dll. Data ini boleh dilhat pada skrin komputer ataupun dicetak.
-Boleh melaksanakan proses menyisih dan menyenaraikan data mengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat.
-Boleh dikemaskini dengan mudah.
-Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CDROM, internet dll.
9.Keburukan menggunakan DBMS
-Semakin kompleks proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem.b)Saiz DBMS agak besar dan memerlukan storan yang besar.
-Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistemfail biasa kepada sistem pangkalan data agak tinggi.
Konsep asas pangkalan data Merupakan sekumpulan maklumat mengenai suatu topic tertentu. Iaterdiri daripada baris (rekod) dan lajur (medan).
2.Rekod (Record)
- Merupakan bars mendatar di dalam sesebuah jadual.
3.Medan (field)
- Merupakan lajur tegak di dalam sebuah jadual
4.Kunci Primer (Primary Key)
- Terbentuk daripada satu medan dalam jadual yang mempunyai nilaiyang unik. Cth : no_kp, ID_staf
No comments:
Post a Comment